Thursday, 15 November 2007
Sikapk u
Topic: madah cinta,puisi cinta.
Dengar sini kawanku...!
Sebagai seorang rakyat melayu islam Singapura, aku cuba nasihatkankan engkau demi untuk mencapai kejayaan dan kebahagian engkau seisi keluarga di Singapura!
Cuba dengar nasihat ku ini..!
Engkau jangan nak sibuk berusaha untuk banyakkan ibadat dan cuba untuk berusaha menguatkan iman dan taqwa engkau kerana... yang penting disini di Singapura ialah kejayaan ekonomi dan kaya wang ringgit!
(lagi pun..Tuhan maha pengampun kan..?)
Kita di Singapura hendaklah berusaha supaya menjadi maju jaya, kaya raya dan mewah hidup serta berpelajaran tinggi!
Soal iman, islam dan taqwa adalah perkara kedua!
Bukankah Tuhan lebih memahami keadaan kita! Dan sesungguhnya..DIA maha pengampun kan?
Kita mestilah hidup bahagia seisi keluarga sambil berjalan2 makan angin , berbelanja bersuka ria makan2 di luar rumah setiap minggu seisi keluarga kerana itulah tandanya kita telah berusah menyibarkan syiar islam dan juga cara kita menguatkan iman dan taqwa kita kepada Tuhan kita!
Kita mestilah rajin berusaha mencari wang dan bekerja keras menambahkan kekayaan ekonomi kita dan kemewahan hidup kita kerana itulah tandanya kita telah menegak syiar islam, iman dan taqwa kita kepada Tuhan kita!
Kita mesti bijak pandai mementingkan diri kita sendiri!
Itu tandanya...kita adalah orang yang berilmu!
Orang yang berilmu tentu pandai menjaga diri sendiri dari kebinasaan!
Tentu kita akan bertambah2 yakin kepada diri kita sendiri!
Dengan cara beginilah... tentu iman kita kepada Tuhan kita akan bertambah2 kuat!
Kita sebagai umat islam Singapura mestilah mengikut trend budaya barat supaya tidak ketinggalan zaman...kerana dengan cara beginilah kita akan dapat mendekatkan diri kita dan merasa syahdu kepada Tuhan kita!
Dan sudah tentu kita akan mendapat pujian yang tinggi disisi para2 malaikat dan ahli2 syurga di syurga nanti!
Jika kita tidak mengikut trend budaya barat dan trend pemikiran moden ala barat...sudah tentu kita akan disyaki sebagai penganas islam!
Lagi pun...siapa yang peduli lagi pasal taqwa, iman dan syiar islam di Singapura yang sebenar2nya dan sesungguh2nya seluruh jiwa raga mereka sepanjang hayat mereka...??!!!
Posted by khal
at 9:51 AM WST

Tuesday, 12 December 2006
Tahun 2007, apa jadi dengan Singapura?
Topic: Kritik Islam Singapura
TAHUN 2007, APA JADI DENGAN SINGAPURA?
Apa akan terjadi?
Jawapannya ialah...
Aku pun TAK tahu!
Yang aku pasti ialah...
Cukai akan berjalan terus!
GST 7% pasti berjalan dengan bergaya dan dengan gemilangnya!
Aku rasa....
Rakyat Singapura tentu dengan segala rasa senang hati menyambut baik tindakan pemerintah mereka mencukai dan terus mencukai mereka semau2nya!
Mereka tidak bolih meneruskan hidup mereka dengan tenteram jikalau tidak di cukai olih pemerintah mereka!
Mereka terlalu RINDU dengan cukai!
Mereka suka mengalakkan pemerintah mereka mencukai mereka.
Sebab itulah mereka terus menerus mengundi pemerintah mereka!
Mengundi pemerintah yang suka mencukai mereka!
Posted by khal
at 1:51 PM WST
Wednesday, 19 July 2006
Madah cinta kata pujangga.
Topic: madah cinta,puisi cinta.
MADAH CINTA KATA PUJANGGA
Madah cinta berpesan...
Hidup hanya sekali,
Semua manusia akan menempuh mati!
Olih itu....
Banyak2lah ingat Tuhan dan berbuat kebaikkan amal ibadat!
Lakukan sekuat tenaga selagi hayat masih ada.
Jangan terpedaya dengan tipuan hawa nafsu dunia!
Jangan terpedaya hidup mengejar kesenangan dunia!
Kerana...
Itu semuanya tidak kekal!
Itu semuanya akan membuat kita semakin jauh daripada Tuhan!
Itu semuanya akan membuat hati jiwa kita menjadi tamak dan dan akhirnya akan membuatkan kita jadi sombong...jadi lupa daratan...jadi berhati dunia....jadi semakin tidak kisah urusan akhirat dan akhirnya akan membuatkan diri kita jadi semakin engkar kepada Tuhan!
Ingatlah selalu pesanku ini!
Dan sama2lah kita berpesan2 diantara satu sama lain kearah mencari keredaan Tuhan!
Posted by khal
at 4:42 PM JST
Friday, 31 March 2006
Cerpen terbaik melayu islam Singapura.
Topic: Cerpen terbaik
CERPEN TERBAIK MELAYU ISLAM SINGAPURA
Selalu kita dengar...
Sana dan sini melaung2kan kata-kata...
Orang melayu islam Singapura mesti berusaha untuk majukan diri mereka setanding dengan kaum2 yang lain di Singapura!
Kita mesti tingkatkan diri kita didalam pelajaran!
Kita mesti tingkatkan ekonomi kita!
Kita mesti bekerja kuat supaya menjadi orang yang maju dan berjaya didunia ini!
DAN....macam2 seruan lagi...!!!
Maka begitulah lumrahnya keadaan di Singapura!
Penuh dengan perlumbaan untuk maju diri dan senang ekonomi.
Mesti ada kerjaya yang baik!
Mesti ada kereta
Mesti ada kad kredit
Mesti ada gaya...
Dan....
Apa yang dah jadi dengan umat melayu islam Singapura?
Apa yang dah jadi dengan pengunaan bahasa melayu mereka?
Apa yang dah jadi dengan budaya agama islam mereka?
Apa yangt dah jadi dengan iman dan taqwa mereka?
Apa yang dah jadi dengan ....sikap dan pandangan sejati mereka terhadap kehidupan di akhirat???
Marilah kita renungkan dan perhatikan gerak kelakuan, isi-hati, jiwa raga masyarakat melayu islam di Singapura... supaya sedikit sebanyak kita akan dapat jawapannya!
Posted by khal
at 5:52 AM WST

Wednesday, 8 February 2006
Cerpen terbaik dayus.
Topic: Cerpen terbaik
CERPEN TERBAIK DAYUS.
Aku telah melihat sendiri perkara ini didalam hidup ku!
Aku merasa jijik...!
Aku merasa benci...!
Aku merasa geram...!
Dan aku merasa menyampah...!
Susah hendak ku gambarkan tentang perasaanku ini bila terkenangkan tentang perkara itu!
Apakah perkaranya itu..???
Perkara itu ialah tentang kisah adik perempuan ku!
Tentang kisah rumahtangga adik perempuan ku!
Tentang kisah hidup adik perempuan ku!
Tentang kisah betapa celakanya sikap suami adik perempuan ku yang sering memberi layanan buruk kepada isterinya iaitu adik perempuanku!
Tentang kisah si suami yang selalu sahaja mencari pasal dengan isterinya iaitu adik perempuan ku!
Adik perempuan ku sentiasa tertekan jiwanya!
Adik perempuan ku sentiasa merasa stress!
Adik perempuan ku sentiasa merasa takut kerana diancam dengan hujah2 agama agar taat kepada si suaminya yang pandai menipu itu!
Adik perempuan ku telah menjadi lembu bekerja keras mencari wang untuk diberikan kepada suaminya yang pandai bermain kata bicara agama menuntut si isteri supaya taat kepada suami!
Aku sering berdoa kepada Tuhan supaya memberi bala' atau hukuman yang segera kepada suami adik perempuanku yang dayus itu...!(agar dia bertaubat!)
Dan aku akan terus berdoa kepada Tuhan sepanjang hidup ku ... tentang perkara itu!
Posted by khal
at 9:42 AM WST
Updated: Wednesday, 8 February 2006 9:44 AM WST

Sunday, 11 December 2005
Cerpen terbaik melayu islam Singapura!
CERPEN TERBAIK MELAYU ISLAM SINGAPURA!
Kau nak tahu pasal sikap dan perangai kebanyakkan orang2 melayu islam singapura?
Kau nak tahu pasal perangai mereka terhadap agama mereka sendiri?
Kau nak tahu pasal sikap dan hati perot mereka dan juga samaada mereka betol2 orang islam yang baik-baik dan kuat imannya?
Aku boleh ceritakan!
Aku boleh terangkan!
Aku boleh dedahkan!
Terpulanglah kepada engkau...samaada mahu percaya atau tidak cerita ku ini..!!
Aku boleh ceritakan sedikit sebanyak tentang apa2 yang aku telah lihat dan perhatikan selama ini tentang sikap dan perangai mereka.
Ramai juga yang baik2 perangainya di Singapura!
Ramai juga yang suka buat kebaikkan seperti menolong orang lain dan lain2 perkara baik lagi.
Ramai juga yang rajin ke mesjid.
Ada juga yang suka berdakwah dan menulis article2 agama didalam blog masing2.
YANG GANJIL DAN HAIRANNYA IALAH...!!!
Kebanyakkan mereka2 itu....
Bila diajak mengaji al Quran...Mereka tiba2 menjadi serba salah dan serba tak kena dan merasa keberatan!!!!
Bila diajak berkumpul beramai2 untuk hadir bersama2 mengaji al Quran...TIBA2..mereka2 memberi seribu alasan dan daleh !!!
ITULAH DIA SIKAP DAN PERANGAI kebanyakkan orang2 melayu islam di Singapura!!!
Mereka2 yang rajin menolong orang...bila dipelawa berkumpul beramai2 untuk mengaji al Quran..tiba2 menghilang diri!
Mereka2 yang suka menulis pasala agama islam dan suka berdakwah serta menasihatkan orang lain dengan kebaikkan...bila dipelawa berkumpul untuk hadir beramai2 bersama2 mengaji al Quran...TIBA2..memberi berbagai2 dalih dan helah untuk tidak hadir!
ITULAH sikap dan perangai mereka!
Itulah hati dan jiwa mereka! ....yang takut dan segan dan keberatan untuk menghadirkan diri mereka ke majlis al Quran! Majlis kebun shurga TUHAN! Majlis zikir TUHAN! ITUKAH yang dinamakan orang2 yang baik2????
Mereka malas dan keberatan untuk hadir ke MAJLIS MENGAJI AL QURAN!
Mereka memberi seribu daleh dan alasan untuk tidak mahu hadir ke majlis KEBUN SHURGA TUHAN mereka!
Hati mereka tidak cenderung kepada majlis al Quran! ...(tetapi hendak mencari keredaan Tuhan!??)
Itukah sikap dan jiwa orang2 islam yang sebenar2nya????
Aku lihat begitu ramai orang2 melayu islam di Singapura yang bersikap seperti itu! Mereka cuba berbuat baik didalam hidup mereka....tetapi mereka malas dan TAKUT kepada majlis al Quran! ( mereka malas dan takut kepada majlis Tuhan mereka sendiri! )
Dan orang2 yang berpura-pura baik(tetapi sebenarnya takut miskin) ....begitu banyak sekali di Singapura ini!!!
Posted by khal
at 6:16 AM WST

Sunday, 16 October 2005
Bulan ramadhan sebuah keterangan
Topic: Kritik Islam Singapura
BULAN RAMADHAN SEBUAH KETERANGAN
Masih ramai lagi umat islam yang tidak berpuasa di Singapura!
Aku tidak tahu pasal orang islam ditempat lain kerana aku tak nampak hal mereka!
Apa yang aku nampak di Singapura..itulah yang aku ceritakan dan tulis!
Ramai kawan2 islamku tidak berpuasa!
Ramai kawan2ku yang tidak pedulikan pasal puasa!
Ramai kawan2ku masih berjudi dibulan puasa!
Ramai kawan2ku masih pergi night club enjoy2 di bulan puasa!
Ramai kawan2ku yang masih minum arak secara terang2 dikhalayak ramai dikedai kopi di bulan puasa!
Aku terpaksa sebut mereka dengan panggilan kawan2..kerana kami masih belum lagi bermusuh!
Maklumlah...Singaporean KAN???
Bila bertemu dimana2...kami masih bertegur sapa dan mengata..HAI.! atau hello..! atau apa khabar..?
Kami masih tersenyum2 bila berjumpa!
Maklumlah...tak nak gaduhkan!??
Maklumlah...Singaporean KAN!??
Apa nak buat..
Yang hairannya...mereka masih mengaku yang diri mereka adalah orang islam!
Apa nak buat..!??
Kita tak bolih cakap apa-apa!
Kerana nanti kita pula yang dipandang serong!..Macam ya..ya ..pulak!
Aku lihat, ramai umat islam di Singapura macam tuu!
Kekuatan islam mereka semakin runtuh!
Kekuatan iman mereka semakin rapuh!
Semangat beragama didalam diri mereka sudah semakin lemah dan pupus!
Yang tinggal hanyalah ...pandai bermuka-muka bersandiwara bermain wayang kulit!
Yang mereka sibukkan ialah...
Bagaimana bolih jadi kaya...!
Bagaimana bolih jadi mewah hidup!
Bagaimana bolih senang lapang hidup!
Bagaimana bolih ada kereta!
Bagaiman bolih ada rumah besar!
Bagaimana bolih dapat kerja senang!
Bagaimana bolih enjoy2..jalan2 makan angin bersuka2!
Bagaimana bolih pergi dating romen2 dengan pasangan masing2!
Itulah yang banyak telah aku lihat ...yang telah berlaku kepada kebanyakkan umat islam di Singapura!
Itulah yang sebenarnya tersirat didalam fikiran dan kehendah hati mereka!
Itulah kecenderungan perasaan hati mereka!
Itulah kesukaan dan kebahagian jiwa mereka!
Tentang agama...???
Asal ada buat kebaikkan sedikit ..OK laaah!
Lagi pun..bila dah tua nanti barulah bolih minta ampun segala dosa dan bertaubat!
Itulah fikiran mereka!
Itulah fahaman agama mereka!
Itulah sifat kiasu mereka!
Sifat kiasu mengambil mudah urusan agama!
Segala2nya telah ditentukan olih Tuhan!
Apa daya kita...!!??
Itulah dia perangai kebanyakkan umat islam Singapura yang maju dan moden!
Posted by khal
at 8:48 AM JST

Thursday, 13 October 2005
Bulan ramadhan engkau datang lagi.
Topic: madah cinta,puisi cinta.
BULAN RAMADHAN ENGKAU DATANG LAGI.
Bulan ramadhan tiba sekali lagi
Ramai yang menanti dan ramai yang gelisah
Dan ada juga yang tidak kesah!
Dunia masih penuh dengan kekusutan
Masih penuh dengan pertumpahan darah!
Masih penuh dengan sengketa dan tamak haloba
Masih penuh dengan rintihan air-mata si penderita
Dan bulan ramadhan masih tetap kunjung tiba
Tidak kira suka atau pun duka
Sentiasa memberi peluang kepada siapa yang suka
Selagi masih ada
Buat berusaha mencari sebuah kedamaian
Jauh dihujung sana...!
Posted by khal
at 12:55 PM JST
Updated: Thursday, 13 October 2005 12:57 PM JST
Tuesday, 7 June 2005
Cerpen Terbaik Kaya.
Topic: puisi-cerpen
CERPEN TERBAIK KAYA.
Semuanya telah berlaku sejak beberapa tahun yang lalu.
Ada yang datang dan ada yang pergi.
Segala-galanya ku rakamkan didalam ingatan sejarah kehidupan ku ini.
Bagaimana aku telah mempunyai ramai kawan-kawan dan secara tiba-tiba pada satu hari mereka pergi dan hilang begitu sahaja!
Kawan duit senang dicari
Kawan iman entah dimana..?
Itulah kehidupan!
Itulah ragam manusia!
Masing2 dengan haluan masing-masing!
Masing2 dengan kehendak, nafsu dan matlamat hidup masing2.
Aku kata...
Masing2 dengan sikap masing-masing!
Masing2 dengan sifat dan hati perut masing.
Hari ini kita berkawan dan esok entah macammana kita berpisah!
Keadaan sekeliling, tekanan kehidupan, keperluan untuk mendapatkan wang secara berlebihan telah mengubah manusia dari satu sifat kepada lain sifat secara tiba-tiba!
Memang benar....
Wang dan kekayaan harta dapat mengubah manusia!
Pengaruh wang dan kekayaan dapat mennghancurkan sifat2 mulia saseorang manusia dari bersifat berhati budi kepada sifat penipu, sifat pura-pura, busuk hati dan pedengki! Dan itulah yang sering berlaku di Singapura!
Kerana mahu hidup senang dan mewah didunia maka ramai kawan2 ku telah berubah.
Kerana ingin hidup mempunyai wang yang banyak maka ramai kawan2ku yang telah menjadi manusia yang lupa kepada pendirian agama mereka.
Keran ingin hidup gaya social ala barat maka ramai kawan2ku telah lalai dari kewajipan agama mereka!
Kerana ingin hidup bebas maka ramai kawan2ku telah tidak lagi menyembah Tuhan mereka!
Mereka sudah melecehkan kepentingan agama mereka.
Mereka telah meninggalkan solat.
Mereka telah menjual hati dan jiwa mereka kepada dunia dan harta.
Mereka telah mula pandai memutar-belitkan fakta2 dalil agama hanya kerana mahu menyesuaikan kehendak nafsu dunia hidup gaya ala barat mereka!
Urusan menguatkan iman didalam hidup ini telah lenyap dari fikiran mereka.
Urusan menegakkan islam didalam hidup ini telah pudar dari fikiran mereka.
Urusan mencari keredaan Tuhan didalam hidup ini telah ghaib dari fikiran mereka.
Urusan membentuk peribadi mulia didalam hidup ini telah pupus dari fikiran mereka.
Yang ada hanyalah urusan mencari wang!
Yang ada hanyalah urusan bagaimana boleh hidup kaya dan senang didalam hidup ini.
Yang ada hanyalah sifat2 kepura-puraan dan berlagak baik dihadapan orang lain hanya kerana untuk mendapatkan kesenangan hidup yang sementara didunia ini!
Itulah yang telah berlaku kepada ramai kawan2ku di Singapura
Itulah yang telah berlaku kepada ramai sanak saudaraku di Singapura
Dan itulah dia sandiwara dan bahang kehidupan di Singapura!
Posted by khal
at 9:54 AM JST
Updated: Tuesday, 7 June 2005 9:58 AM JST

Saturday, 14 May 2005
Cerpen Harapan Hidup.
Topic: puisi-cerpen

Sewaktu maseh hidup inilah kita dapat berbuat bermacam-macam perkara. Semasa maseh sehatlah kita dapat bergerak dan berusaha didalam hidup kita ini.
Macam2 yang bakal kita tempuhi dan hadapi.
Kadang2 sesuatu yang kita rancang tidak berlaku dan berhasil.
Kadang kita didatangi oleh sesuatu yang tidak kita duga dan kita sangka.
Dan itulah lumrah kehidupan!
Ada pasang surutnya.
Ada pahit manisnya.
Dan ada suka dukanya.
Sebuah aksi dan drama..
Senyum dan tangis..!
Yang pastinya...
Didalam hidup ini...
Manusia memang mencari dan mengejar kebahagian.
Secara sedar atau tidak....
Masing2 cuba mengejar dan mencari kebahagian hidup dengan cara dan sudut pandangan yang berbedza2.
Ada yang mengejar kekayaan wang dan harta didalam hidup mereka untuk mencapai kebahagian.
Ada yang mengejar ilmu pengetahuan buat mencapai kebahagian.
Ada yang mencari kaseh sayang buat mencapai kebahagian.
Ada yang rajin membuat kebaikkan kepada manusia buat mencapai kebahagian.
Dan ada pula yang memperjuangkan sesuatu didalam hidup mereka buat mencapai kebahagian.
Yang pastinya...masing2 mengejar kebahagian dan kepuasan hati dan jiwa mereka didalam hidup ini dengan berbagai2 cara yang berbeza2.
Itulah dia cerita kehidupan!
Itulah dia cerpen kehidupan!
Cerpen hidup atau cerita kehidupan yang bertajuk mengejar dan mencapai kebahagian serta kedamaian hati dan jiwa.
Maka bermulalah cerpen hidup seorang manusia ...sejak mereka dilahirkan...
Penuh adegan suka-duka, aksi dan drama didalam kehidupan masing2.
Dan cerpen kehidupan itu akan tamat apabila manusia tersebut menempuh maut atau kematian..!
Posted by khal
at 9:45 PM JST

Tuesday, 26 April 2005
Cerpen Moral Melayu Singapura
Topic: puisi-cerpen

Disini kita dapat melihat tulisan cerpen terbaik atau kesah pandanganku di Singapura tentang masaalah moral kebanyakkan orang2 melayu di Singapura yang telah aku lihat.
Ini termasuklah kesah ahli keluargaku, kawan2ku dan yang lain2.
Aku melihat tentang kejatuhan nilai2 jiwa keislaman, iman dan moral kebanyakkan mereka2 yang telah aku kenal.
Semoga ianya menjadi satu catatan sejarah yang ku tulis didalam blogku ini.
Perlu apa aku patut berpura-pura!
Perlu apa aku harus memendamkan perkara ini?
Satu kenyataan hidup yang aku lalui dan lihat dikebanyakkan tempat diSingapura.
Tentang masaalah keluarga.
Masaalah pencerian yang semakin tinggi.
Masaalah tidak ada kerja dan dibuang kerja.
Masaalah kos kehidupan yang semalin tinggi.
Masaalah Tekanan mahu hidup senang dan mewah. Masaalah cemburu kerana melihatkan kelebihan dan kemewahan hidup orang lain dan ingin menjadi seperti mereka dan bermacam2 masaalah dan perkara lagi.
Aku lihat keadaan kos hidup diSingapura dan suasana disekeliling memainkan peranan kepada timbulnya kebanyakkan masaalah tersebut!
Aku sendiri melihat bagaimana ramai kawan2ku telah bertungkus lumus siang malam mencari wang untuk kehidupan dan kesenangan hidup mereka.
Mereka perlu mempunyai cukup wang untuk menampong perbelanjaan persekolahan anak2 mereka yang semakin tinggi, bill kesehatan yang semakin tinggi, keperluan barangan dapor yang semakin tinggi, pengangkutan dan wang belanja masa berlapang2 untuk bersiar-siar dengan ahli keluarga mereka semasa hari cuti yang juga semakin tinggi.
Keadaan kos hidup diSingapura semakin tinggi!
Kos pembelajaran semakin tinggi!
Semuanya perlukan wang! Kurang wang, maka rosaklah semua itu!
Dan ini telah memberi kesan mendalam kepada psaikologi mereka!!
Maka kerana faktor Kos hidup yang semakin tinggilah yang membuat mereka semakin stress! Dan semakin berlumba2 mengejar kewangan. Akibat dari ini telah mempengaruhi corak pemikiran dan tindakan mereka.
Mereka mula melecehkan perkara agama!
Kerana urusan keimanan dan agama telah tidak lagi menjadi fokas didalam kepala mereka yang telah digantikan dan dipenuhi dengan faktor mencari duit dan kewangan.
Kesan2 pemindahan corak psaikologi mereka mula berubah dan melemahkan tuntutan moral, iman dan agama!
Sebagai kesimpulan, faktor corak hidup, sistem dan suasana kehidupan diSingapuralah yang telah membuat segala masaalah timbul sedikit sebanyak!
Wang dollar sudah menjadi punca segala masaalah!
Kos hidup yang tinggi telah menjadi punya timbulnya masaalah!
Keinginan hidup mewah dan senang sudah menjadi punca timbulnya segalamasaalah!
Keinginan mahukan hidup bebas, bergaya, berkedudukan, bermutu dan berpoya-poya telah menjadi punca timbulnya segala masaalah!
Dan itu semua adalah suasana, corak, bau, keringat-peluh, idaman hati ramai orang, perbualan2 dan keadaan sekeliling diSingapura!
Bagaiman kita boleh terlepas dari pengaruh yang sebegini...?
Yang datang dari kiri dan kanan dan dimana-mana..?
Aku akan kupas perkara ini didalam tulisan ku dilain masa.
Posted by khal
at 5:54 AM JST

Wednesday, 13 April 2005
Cerpen Terbaik Kesah Moral.
Topic: puisi-cerpen

Cerpen Terbaik kesah moral menceritakan perihatin ku terhadap masaalah moral belia2 melayu Islam di Singapura.
Semakin negara maju semakin bermasaalah moral belia2nya!
Telah ku perhatikan dan aku tidaklah dapat berdiam diri lagi. Sekurang2nya, aku dapat melepaskan segala keluhanku diruang ini! Sekurang2nya aku ada juga mengambil bahagian didalam menangani masaalah moral belia2 melayu Islam diSingapura, walaupun cuma sekadar menulis didalam ruang blog ini.
Apa yang ku lihat ialah masaalah belia yang kurang mendapat pendidikan agama. Disebabkan inilah segala punca masaalah kerosakkan moral belia2 islam diSingapura.
Pendidikkan agama adalah amat penting!
Agama Islam mengajar umatnya supaya berakhlak mulia dan sopan lagi berguna kepada umat manusia. Islam menuntut kita supaya bermoral tinggi. Kerana dengan cara itulah kita dapat menjalani kehidupan ini dengan lebeh sempurna dan bahagia.
Aku lihat, ramai belia2 melayu Islam ku sudah mula lemah didalam beragama! Mereka terlalu terpengaruh dengan cara2 dan gaya kehidupan moden yang liar dan tidak mementingkan agama. Mereka mula mengambil remeh urusan agama dengan alasan mengejar kemajuan dan kejayaan. Mereka mula merasa segan untuk pergi kemesjid2 atau majlis1 keagamaan. Mereka mula merasa malas dan sudah hilang minat kepada suasana majlis2 agama atau apa2 yang bercorak keagamaan! Mereka akan memberikan seribu alasan untuk mengelakkan diri dari terlibat dengan perkara2 agama! Akhirnya, mereka mula menjadi orang2 yang rosak moral. Dan akibatnya, mereka mula menjadi liar, bebas dan sukar dikawal.
Mereka jarang2 sekali suka berbual tentang agama!
Seolah2 perkara agama adalah satu perkara yang sudah lapuk dan tidak begitu penting lagi didalam kehidupan mereka.
Apa yang penting bagi mereka ialah wang ringgit, kebebasaan sex dan kebebasaan berbuat sesuka hati mereka. Mereka terlalu memikirkan soal kebebasaan dan kemewahan hidup mereka sehingga mereka sanggup melanggar segala aturan agama dan moral!
Barangkali ini adalah pengaruh keadaan hidup disekeliling mereka diSingapura. Keadaan pengaruh mengejar kebendaan dan kemewahan hidup.
Aku amat risau tentang hal ini.
Oleh sebab itu, aku merasa perlu berdakwah didalam blog ini buat menyedarkan masyarakat Islam diSingapura supaya lebeh memberi perhatian kepada anak bangsa Islam kita sendiri.
Kita perlu melakukan sesuatu yang lebeh berkesan untuk membendung gejala2 yang semakin tidak sihat ini!
Posted by khal
at 7:00 AM JST
Updated: Tuesday, 26 April 2005 6:03 AM JST

Saturday, 26 March 2005
Puisi Singapura Hipokrit.
Topic: puisi-cerpen

Engkau maseh mahu bertanya lagi kepada ku?
Tentang melayu islam di Singapura?
Tentang sastera melayu di Singapura?
Tentang minat menulis didalam bahasa melayu di Singapura?
Tentang minat membaca Al Quran di Singapura?
Perlukah aku menjawab itu semua? Tidakkah engkau mengerti selama ini dan melihat dengan sejelas2nya apakah yang sebenarnya yang telah berlaku disini!
Wahai kawan....
Cuba buka mata mu denga terang....!
Engkau maseh tidak mengerti lagi?
Maseh berdegil mahu bertanya juga?
Tentang sekolah2 melayu di Singapura?
Tentang madrasah2 di Singapura?
Tentang semangat agama orang2 melayu islam Singapura?
Aaaa..aahhh...
Sudah..laa..aaahhh!
Siapa yang peduli dengan itu semua? Macam engkau tidak tahu, atau cuba berbuat2 bodoh atau cuba bermain sandiwara!
Wahai kawan..!
Jangan sekali-kali kau cuba untuk bertanya lagi tentang itu semua!
Kalau kau berdegil juga....
Cubalah bertanya kepada awan di langgit!
Cubalah bertanya kepada ikan2 di laut!
Atau bertanyalah kepada rerumput dan dedaun!
Barangkali engkau akan ketemu jawapannya.
Atau....
Barangkali mereka akan mentertawakan dikau...
Atau...
Barangkali mereka akan mengatakan yang engkau adalah orang yang sudah gila!
Yang sudah terlupa...
Bahawa engaku hidup di kota Singa yang penuh dengan debu-debu kota!
Posted by khal
at 2:43 AM WST
Updated: Tuesday, 26 April 2005 6:07 AM JST

Wednesday, 16 March 2005
Cerpen Tulislah Melayu Singapura ku.
Topic: puisi-cerpen

Memang aku menulis dengan bertujuan untuk mengalakkan orang2 melayu Singapura supaya minat menulis! Tidak kira tua atau muda. Pandai atau bodoh.
Niat dihati...
Supaya orang melayu Singapura suka menulis.
Supaya orang melayu Singapura berani menulis!
Dengan cara menulis....
Akan kekallah bahasa melayu di Singapura.
Akan meningkatlah pengunaan bahasa melayu di Singapura.
Akan suburlah sastera melayu di Singapura.
Akan bertambahlah minat membaca buku2 melayu di Singapura.
Dan bermacam2 faedah lagi...
Aku seru semua orang2 melayu di Singapura supaya...
Tulislah didalam blog2.... apa2 sahaja didalam bahasa melayu.
Tulislah apa2 sahaja...tidak kira pandai atau bodoh.
Janganlah takut untuk menulis!
Tulislah journal terbaik anda...
Tulislah puisi terbaik anda...
Tulislah sajak terbaik anda...
Tulislah cerpen terbaik anda...
Tulislah kesah anda...
Tulislah pendapat anda...
Tulislah coretan anda....
Tulislah tentang kehidupan anda dan keadaan sekeliling anda....
Tulislah didalam bahasa melayu!
Kerana kita adalah orang melayu.
Kerana kita akan cuba untuk mengekalkan pengunaan bahasa melayu kita!
Takkan melayu hilang didunia.
Posted by khal
at 5:08 AM WST
Updated: Tuesday, 26 April 2005 6:08 AM JST

Sunday, 6 March 2005
Puisi Singapura Harian.

Sedikit catatan harian..
Hari-hari yang berlalu
Adalah hari-hari yang biasa sahaja.
Bangun dari tidur yang lena
Menghirup udara pagi
Menanti surya bersinar tinggi.
Apa lagi yang harus dilakukan
Selain mencari makan
Sambil menghirup udara nyaman
Disekeliling debu-debu kota.
Kita bukannya tidak mengerti
Keadaan hidup disini
Penuh dengan teka-teki
Haluan yang tidak menentu
Seperti hari-hari yang lalu...
Aku meniti masa yang panjang
Dengan sebuah lukisan harapan.
Posted by khal
at 8:15 AM WST
Updated: Tuesday, 26 April 2005 6:09 AM JST
Wednesday, 2 March 2005
Cerpen Resah Rakyat Singapura.
Topic: puisi-cerpen

Semalam Osman membentak lagi!
Telinganya tiba2 menjadi merah dan panas. Dia terus pulang kerumahnya tanpa banyak bercerita.
Kawan2 ditempat kerjanya menjadi terpinga-pinga. Ada yang berbincang sesama sendiri cuba mencari sebab dan punca mengapa Osman menjadi begitu.
" aku dah kata, kita tidak boleh bergurau sembarangan bila berbual didepan dia! Takkah kau orang sedar yang semenjak kebelakangan ini si Osman tu nampak sugul aja?"
" Jadi apa yang kita boleh buat untuk menolong dia?"
" aku rasa... sebaiknya kita cuba bertanya dengan baik-baiknya kepada dia...tentang masaalah dia."
Begitulah perbualan kawan2 Osman ditempat kerja.
Seperti biasa, perbualan begitu berlalu begitu sahaja tanpa apa2 usaha. Masing2 maseh dengan urusan hidup masing2. Yang tinggal, hanyalah sekeping doa. Itu pun entah ada atau tidak?
Dirumahnya, Osman kelihatan termenung.
Dia berfikir dengan keras.
" Apa yang patut aku buat? Hidup di Singapura semakin stress! Cukai semakin melambung-lambung! Harga barang2 dapur semakin mahal. Beban kerja semakin banyak. Silap sikit...pasti dibuang kerja!.."
Dia mendengus lagi!
Fikirannya berlari terus...
" Memang,... mereka2 yang pandai2 dan berjawatan tinggi tu amat pandai berpura2 dan bermain kata! Ada saja cara2 untuk menipu dan membebankan rakyaat buat kesenangan diri mereka!"
Osman merenung lagi...
" Singapura sudah tidak seperti dulu... Singapura sudah berubah! Berubah menjadi lebeh tamak dan tidak bertimbang rasa! Tidak bertimbang rasa kepada rakyat yang serba bodoh lagi kekurangan seperti aku!"
Osman semakin marah dan resah!
Dia sudah tidak tahan lagi untuk tinggal di Singapura. Secara diam2, dia mula merancang untuk berpindah kenegara lain!
Buat mencari kehidupan yang lebeh bererti dan lebeh berperi kemanusian.
Dan Osman terus merenung jauh....
Posted by khal
at 7:59 AM WST
Updated: Tuesday, 26 April 2005 6:10 AM JST

Thursday, 24 February 2005
Cerpen Singapura Tripod.
Topic: puisi-cerpen

Aku telah merasa berbagai2 pengalaman hidup, pahit manis, suka dan duka hidup di Singapura.
Akan ku tumpahkan segala2nya itu didalam bentuk CERPEN dan PUISI SINGAPURA seberapa yang mampu.
Semoga ianya akan menjadi sebuah kenangan dan sumbangan dari ku kepada DUNIA SASTERA MELAYU SINGAPURA.
Apa pun yang di tulis, ia adalah sebuah pandangan yang ikhlas lagi jujur dari kacamata dan jiwa seorang PENULIS ANAK MELAYU SINGAPURA yang serba kekurangan didalam bidang penulisan SASTERA MELAYU SINGAPURA.
Sebuah ciptaan imaginasi PUISI dan CERPEN yang diolah sebegitu rupa buat tatapan teman2 dan ahli keluarga.
Semoga dengan menulis ini akan memberi sedikit kelegaan kepada diri ku sendiri.....
Posted by khal
at 9:10 AM WST
Updated: Tuesday, 26 April 2005 6:12 AM JST
Newer | Latest | Older